Private Retirement Scheme atau PRS adalah skim persaraan swasta yang diperkenalkan oleh kerajaan pada Julai 2012. Berbanding Employee Provident Fund (EPF) atau KWSP yang wajib dicarum oleh semua pekerja dan majikan, PRS merupakan tabung persaraan kedua tetapi tidak mandatori. Akan tetapi, PRS tidak boleh dianggap sebagai pengganti EPF. Dana-dana yang ditawarkan dalam PRS juga berbeza dan pencarum boleh memilih dana yang bersesuaian mengikut risk profile pencarum sendiri.

Buat masa ini, kerajaan memberikan insentif RM1000 untuk individu berumur 18-30 tahun yang menyimpan di PRS dengan amaun sekurang-kurangnya RM1,000. Insentif ini diberi dalam tempoh masa yang terhad sahaja. Pencarum juga boleh menuntut pelepasan cukai sehingga RM3,000 setahun.

Pengurus dana PRS terdiri daripada beberapa institusi kewangan swasta terkemuka. Antaranya ialah:

• AmInvestment Management Sdn Bhd

• American International Assurance Bhd

• CIMB -Principal Asset Management Bhd

• Hwang Investment Management Bhd

• ING Funds Bhd

• Manulife Unit Trust Bhd

• Public Mutual Bhd

• RHB Investment Management Sdn Bhd

Secara umum, PRS mirip kepada skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedia ada. Sepertimana akaun KWSP, PRS juga dibahagikan kepada 2 sub-akaun, iaitu akaun A (70%) dan akaun B (30%).

Terdapat beberapa perbezaan antara KWSP dan PRS. Antaranya:

  1. PRS berkonsep voluntarily (sukarela), iaitu tidak wajib sebagaimana KWSP. Ahli PRS boleh membuat pilihan jumlah pelaburan seminimum RM50 dan kekerapan melabur.
  2. PRS dikendalikan oleh beberapa institusi kewangan swasta yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC). Antaranya ialah CIMB-Principal Asset Management Berhad.
  3. Ahli PRS boleh menuntut pelepasan cukai pendapatan sehingga RM3,000 setahun atau RM30,000 dalam masa 10 tahun bermula 2012. Pelepasan cukai boleh didapati di bawah seksyen F-F18 dalam borang BE. Sila rujuk maklumat terperinci di website Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  4. Majikan yang mencarum juga layak untuk memohon pelepasan cukai (tertakluk pada syarat dan peraturan)
  5. Ahli PRS boleh memilih untuk mencarum di lebih daripada satu akaun PRS.
  6. Ahli PRS boleh membuat pengeluaran dari akaun B (30%) setelah melepasi tempoh setahun. Pengeluaran ini akan dikenakan penalti sebanyak 8% jika ahli belum mencapai umur persaraan 55 tahun.
  7. Ahli PRS yang berumur di bawah 30 tahun layak mendapat insentif kerajaan sebanyak RM500.

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang PRS sila isikan contact form di atas atau hubungi talian 010-960 0094.