KWSP Tetapkan RM240,000 Sasaran Simpanan Minimum Umur 55 Tahun

Kuantum Baharu Simpanan Asas Bermula Januari 2019 KUALA LUMPUR, 28 November 2018: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan bahawa kuantum baharu Simpanan Asas akan dinaikkan daripada RM228,000 kepada RM240,000 bermula 1 Januari 2019. Jumlah ini akan ditetapkan sebagai jumlah sasaran simpanan minimum ahli perlu ada apabila mencecah umur 55 tahun. Simpanan Asas merujuk kepada jumlah simpanan yang minimum untuk menampung keperluan asas persaraan selama 20 tahun, iaitu daripada umur 55 tahun sehingga umur 75 tahun selaras dengan jangka hayat rakyat Malaysia. Kuantum baharu ini (rujuk Jadual 1) ditanda aras dengan kadar pencen minimum pekerja sektor awam yang telah […]

Read more