Syarikat P ke
Syarikat A ke
Syarikat Z ke
Syarikat T ke
syarikat H ke (owh syarikat ni org siap tanya saya kewujudan syarikat ini?)
_______________
Ok sebenarnya apa penentu dalam kita memilih syarikat takaful kita…..actually bergantung kepada keperluan kita..
Sebenarnya, setiap syarikat takaful mempunyai KILLER PRODUCT masing masing..
Lets go one by one:
1) Jumlah coverage
– dengan umur, kelas pekerjaan dan status merokok yang sama, terdapat perbezaan sumbangan daripada syarikat takaful yang berbeza.
-Kadang-kadang nampak bezanya tak banyak, mungkin 30 ringgit, tapi bila convert kepada coverage jadi banyak beza!
– Contoh,
Syarikat A dengan bayar RM 100 : life coverage RM200k
Syarikat B bayar RM 100 : life coverage RM150k.
RM50k kalau dapat segedebuk , tak banyak ke tu?
2) Jenis coverage , maksudnya nak life coverage/critical illness/ medical card dan lain lain
– Ada sesetengah syarikat, killer productnya pada life/critical illness dan accident death disablement coverage …sumbangannya lebih murah, dan coveragenya lebih besar
– tapi.. berkemungkinan besar syarikat yang sama tidak dapat memberikan coverage yang besar untuk medical card..
– Jadi surveylah mana company yang ada killer product.
– Tentukan KEPERLUAN anda, dan carilah syarikat yang boleh tawarkan coverage paling besar dengan sumbangan yang munasabah.
-Andakan pengguna, jadilah pengguna yang bijak
– Tapi kalau company tu memang bagus boleh menawarkan semua plan all in one pada kadar yang murah dan coverage yang tinggi, ambil jela semua dengan company tu!
3) Standalone vs Investment link policy
– Seperti saya katakan, standalone policy memang pada awal pembayarannya memang murah. tapi harganya eventually akan naik dengan kenaikan umur
– Kalau seseorang itu pandai reserve duit untuk ‘ top up’ kenaikan tersebut pada masa akan datang, maka silalah ambil standalone itu.
– Jangan lah pulak bila dah umur 40-50 tahun, caruman jadi mahal, pergi terminate policy. aaaaa…disaster disaster!Lagilah Mahal Jika nak ambil lain
-Kalau rasa disiplin tu tak berapa hebat, ambil jela investment link policy,bukan kata tak naik langsung sumbangannya, tapi berkemungkinan kenaikannya tidaklah terlalu mendadak ( membebankan atau tidak bergantung pada orang itulah)
– Hal ini empunya badan sahaja yang tahu. You know how strong your financial strength is.. so choose wisely. kalau nanti anda takda duit, bukan agent tu yang nak tolong bayarkan. aduss…
4) Rider yang boleh add on
– Syarikat takaful yang berlainan, rider yang ditawarkan pun juga berbeza
– Kalau nak cakap pasal rider, agent kalau boleh memang nak letak semua rider dalam polisi tu, maka tinggilah komisen die dapat.
– Rider ada macam jenis
+ Waiver/contributor
+ Hospital allowance’
+ Rider yang melibatkan protection penyakit berkaitan wanita dan banyak lagi…
– Kalau ikutkan, perlu ke add on semua rider ini?
– Saya bagi contoh ye.. sebab ramai orang sangat suka nak add on rider ‘ hospital allowance’
Ok anda ambil policy, katakan bayar RM100. tapi bila add on rider hospital allowance, policy itu menjadi RM 120
Rider itu melibat anda dapat elaun masuk hospital RM 50 sehari.tambahan yang anda perlu bayar untuk setahun jika ambil rider hospital allowance
RM 20×12 bulan = RM240
Anda hanya akan break even RM 250 jika anda admit 5 hari dalam setahun (RM50x5=RM 250). Kalau nak ‘untung’, ‘ kena’ admit lebih daripada 5 hari dalam setahun, kalau anda tak admit langsung? Maka anda bayar extra RM 240 itu.
Bagi yang kerja makan gaji, maksudnya kalau MC pun dapat gaji, perluke ada rider ni ? bagi saya tak perlu la.. sebab anda MC pun anda dapat gaji kan?
Tapi kalau jenis orang yang gaji ikut hari, kalau tak keje maka tiada duit, maka rider ni pentinglah untuk mereka..
Setuju ke tak? im open for discussion ?✌
5) Proposal saya boleh lepas tak?
– Betul ke bila saya dah ada penyakit saya dah takleh apply takaful?
– Hmmm..jawapannya separa betul.
– Bukanlah maksudnya anda pernah sakit confirm proposal kene reject.
– sebenarnya bergantung pada underwriter.Siapa underwriter ni?
underwriter ialah seseorang yang akan go through segala info tentang anda, daripada umur, gender, status rokok, history pernah admit ke ada penyakit ke, sejarah penyakit keturunan, operation , dan akan risk stratifykan anda, adakah anda lepas untuk bertakaful atau tidak.
– Selalunya jika seseorang itu ada existing penyakit (bergantung kepada penyakit), underwriter either akan
a)Letak exclusion criteria ( contoh anda pernah patah tulang dan letak besi, maka syarikat takkan cover if kalau in the future ada masalah pada bahagian itu, tapi akan cover masalah2 lain)
b) Terus reject application anda.
– Underwriter ini manusia, mempunyai judgement yang berbeza. maka kadang kite dengar la kan kes yang apply syarikat A tak lepas, tapi apply syarikat B lepas pula proposalnya..
6) Agent
– Last but not least, carilah agent yang boleh anda harapkan
– Saya sendiri pernah admit hospital. bila sampai hospital, bila kita atau ahli keluarga yang sakit, kita malas nak fikir apa2, yang saya tau saya nak admit dan rehat sebab saya tengah sakit.
– So agentlah yang berfungsi untuk membantu admission yang cepat dan tidak bermasalah..
– Maka pilihlah agent anda..