Buah Pinggang Rosak Akibat Kencing Tikus (Leptospirosis)

  • Post category:Kesihatan
  • Post comments:1 Comment
  • Reading time:2 mins read

Perkongsian oleh seorang peguam, Nor Zabetha dari Facebook

Semalam sahabat saya kongsi, kedai mamak viral kerana basuh pinggan dilopak air.

Jadi saya terpanggil menulis status ini. Sabtu lalu saya berkenalan dengan seorang kakak sewaktu berbuka puasa. Kisahnya, suami kakak ini seorang yang benar-benar menjaga kesihatan. Jaga makan, jangan minum dan sentiasa bersenam. Hari-hari minum air putih.

Apakan daya, ketentuan Allah. Si suami pergi makan di kedai mamak dan rupa-rupanya terkena jangkitan air kencing tikus. Selepas itu, buah pinggangnya rosak dan dia perlu jalani rawatan dialysis seminggu 3 kali. Orang terima rawatan dialysis ini, gaya hidupnya tidak sama. Pengambilan air putih perlu dihadkan pada kadar harian dan perlu pantang beberapa jenis makanan, terutamanya terlalu bergaram.

Kata kakak ini, suaminya lebih banyak berdiam sekarang. Lebih kepada rasa kecewa. Apa tidaknya, dia seorang yang menjaga kesihatan dan mengawal makanan, dia sendiri pasti tidak menyangka. Rata-rata yang menjaga pemakanan adalah kerana untuk kehidupan yang lebih sihat.

Jadi, isu pencemaran makanan di restoran luar ini, bukan semata-mata kerana kembang tekak tetapi kesan negatif pencemaran makanan yang boleh menjejaskan masa depan.

Jadi saya nasihatkan jika hendak makan diluar, tengok persekitaran dan tengok cara penyediaan makanan. Kalau secara jelas anda nampak kedai tersebut tidak menjaga kebersihan anda perlu bijak memilih. Kalau yang tidak nampak itu, tawakal lah. Kadang-kadang ketentuan tetapi seeloknya kita elak-elakkan.

This Post Has One Comment

Leave a Reply