Jangan Hukum Anak ‘bin Abdullah’

MUKADIMAH Pernahkah kita terfikir apa perasaannya apabila mendapati nama kita berbin atau berbintikan Abdullah, sedangkan adik-beradik lain berbinkan nama bapa kita? Terfikirkah kita bagaimana individu itu hendak berhadapan dengan masyarakat sepanjang hidupnya dari sekolah sehinggalah berkahwin. Bayangkan macam mana pula pasangan itu hendak mendidik anak-anaknya untuk menjadi baik, jika kisah lampau mereka terus terdedah? Ikuti kupasan temu bual wartawan, Sharilfuddin Saa ri dengan Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zai nul Abi din yang negeri itu mempunyai fatwa berbeza berkaitan soal Anak Tidak Sah Taraf. MINGGUAN: Bolehkah Datuk jelaskan intipati fatwa yang dikeluarkan Jabatan Mufti Perlis berhubung kedudukan […]

Read more

Tips Pengurusan Kewangan oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman

1. Setiap kali berhutang, catatkan dan tunjuk pada pasangan supaya bila sudah meninggal, boleh dilunaskan. Kalau tak? Roh kita akan tergantung. 2. Duit KWSP yang diperolehi boleh dilaburkan. Contohnya beli rumah atau sambung belajar. Jangan sesekali bersetuju bekerja tanpa KWSP walaupun cuma syarikat kecil. Kalau tidak, ianya salah di sisi undang-undang. 3. Sentiasa catat belanja harian. Supaya kita nampak aliran keluar masuk penggunaan duit kita. 4. Simpanan emas dan hartanah perlu didahulukan dan diutamakan. . 5. Cari Emas 999.9%. Jangan beli dari H** J** atau P** K*** kerana ia lebih mahal. Beli dari Rajhi Bank atau yg dipercayai ketulenannya dan […]

Read more

Hibah dan Perlaksanaan

Konsep Hibah DALAM Islam, hibah adalah salah satu cara pemilikan harta yang sah di sisi syarak. Ia berkait rapat dengan beberapa konsep pemilikan harta yang lain seperti wasiat, wakaf dan faraid. Namun, hukum dan ciri-ciri konsep tersebut berbeza antara satu sama lain. Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau manfaat, manakala mengikut istilah syarak, hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang yang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan (‘iwad). Pensyariatan hibah dalam Islam Hibah merupakan suatu amalan sunat dan digalakkan dalam Islam. Ini adalah berdasarkan kepada bukti-bukti […]

Read more

Perbezaan Takaful dan Insurans Konvensional

Apa itu Takaful? Takaful adalah kata terbitan bahasa arab “kafala” yang bermaksud “jamin” dan perkataan Takaful membawa maksud saling menjamin. Istilah Takaful telah digunapakai dalam konteks insurans secara Islam. Ia merupakan satu perjanjian antara sekumpulan peserta untuk saling menjamin antara satu sama lain apabila berlakunya musibah atau kerugian tertentu. Konsep saling menjamin atau insurans ini telah wujud sekian lama. Salah satu daripadanya ialah penggunaan konsep “Aqilah” yang digunapakai oleh masyarakat Arab jahiliyah. Keadaan bangsa Arab yang tinggal dalam bentuk kesukuan atau kabilah membolehkan amalan ini dilakukan. Sekiranya berlaku pergaduhan dan menyebabkan kematian satu pihak maka pihak yang membunuh akan dikehendaki […]

Read more

Hukum Pelaburan dalam ASB dan ASN

Pelaburan dalam ASB dan ASN boleh dikatakan antara pelaburan yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun sudah agak lama wujud, terdapat percanggahan pendapat antara beberapa badan agama di Malaysia tentang status hukum pelaburan dalam ASB dan ASN. Secara ringkasnya, fatwa dikeluarkan adalah seperti berikut; Majlis Fatwa Kebangsaan – Harus Pejabat Mufti Negeri Selangor – Tidak halal Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti – Tidak patuh syariah Untuk meneliti hujah-hujah yang dikemukakan, sila rujuk link ke website berkenaan. Secara dasarnya, percanggahan hukum ini terjadi kerana pelaburan ASB dan ASN adalah bercampur-campur serta melibatkan perbankan konvensional, yang mana kita sedia maklum perbankan konvensional […]

Read more