5 Sebab Kenapa Saya Ambil Insurans

“Aku pelik la. Kau kan kerja doktor, gaji besar. Kalau masuk hospital, tunjuk GL je siap dapat 1st class lagi. Jadi, kau bayar insurans tu buat apa? Habiskan duit je bulan-bulan bayar, bukan pakai pun.” Secara jujurnya, dari dulu memang saya benci insurans. Sebenarnya sampai sekarang pun masih benci, terutamanya syarikat dan ejen yang hanya mengambil kesempatan dan tidak bertanggungjawab. Ayat atas tu memang skrip yang selalu ada dalam kepala. Saya paling benci bila ada ejen insurans yang cuba tahan saya nak promote produk dia. Tak kira la company mana, bagi saya semua sama je. Nak jual produk masing-masing, dapat […]

Read more

Apa sebenarnya menyebabkan kenaikan sumbangan takaful kita dari tahun ke tahun?

Kalau ada agent takaful yang cakap sumbangan anda takkan naik sampai bila-bila, mohon perbetulkan fahaman mereka juga. Apa penyebab kenaikan sumbangan takaful? 1)Faktor umur – memang secara lumrahnya apabila kita semakin berumur, risiko untuk kita jatuh sakit lebih , maka sumbangan yang dikenakan juga boleh meningkat 2) Kenaikan inflasi sektor kesihatan secara amnya – secara amnya kita boleh katakan inflasi sektor kesihatan adalah sebanyak 10-15 % setahun . – ya, hakikatnya memang lebih tinggi daripada inflasi barangan pengguna. 3) Tahap efficiency sesuatu syarikat takaful mengawal dana tabarru’ masing-masing – Dana tabarru’ merupakan ‘pool of contribution’ daripada peserta takaful – Sebarang […]

Read more

Tips Pengurusan Kewangan oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman

1. Setiap kali berhutang, catatkan dan tunjuk pada pasangan supaya bila sudah meninggal, boleh dilunaskan. Kalau tak? Roh kita akan tergantung. 2. Duit KWSP yang diperolehi boleh dilaburkan. Contohnya beli rumah atau sambung belajar. Jangan sesekali bersetuju bekerja tanpa KWSP walaupun cuma syarikat kecil. Kalau tidak, ianya salah di sisi undang-undang. 3. Sentiasa catat belanja harian. Supaya kita nampak aliran keluar masuk penggunaan duit kita. 4. Simpanan emas dan hartanah perlu didahulukan dan diutamakan. . 5. Cari Emas 999.9%. Jangan beli dari H** J** atau P** K*** kerana ia lebih mahal. Beli dari Rajhi Bank atau yg dipercayai ketulenannya dan […]

Read more

Pelaburan Unit Trust Melalui KWSP 2017

Pada bulan September yang lalu, KWSP telah menyemak semula kadar simpanan asas untuk tahun 2017 bagi tujuan pengeluaran untuk pelaburan dalam unit trust. Kali terakhir ia disemak adalah pada 2014. Berikut ialah jadual baru kadar simpanan asas berkuatkuasa 1 Januari 2017. KWSP juga telah menaikkan kadar kelayakan pelaburan kepada 30% daripada baki simpanan asas. Sila rujuk contoh untuk cara pengiraan yang baharu. Formula kiraan: (Jumlah baki dalam Akaun 1 – simpanan asas) x 30% Contoh 1 Pencarum A berusia 30 tahun dan mempunyai simpanan Akaun 1 sebanyak RM50,000 (Jumlah baki dalam Akaun 1 – simpanan asas) x 30% (RM50,000 – […]

Read more

Insentif PRS Dinaikkan ke RM1,000 Dalam Bajet 2017

Selaras dengan Bajet 2017, insentif PRS untuk belia berusia antara 20-30 tahun telah dinaikkan menjadi RM1,000 berbanding RM500 sebelum ini. Kerajaan akan menyumbang RM1,000 untuk setiap individu berkelayakan dan akan terus dimasukkan ke dalam akaun PRS. Individu mestilah mempunyai jumlah sumbangan kasar sekurang-kurangnya RM1,000 dalam tempoh dua tahun bermula dari tahun 2017 hingga 2018. Untuk tujuan ini, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM165 juta. Ia adalah untuk menggalakkan golongan muda membuat pelaburan jangka panjang. Kelayakan pemberian insentif: Individu rakyat Malaysia yang telah membuka akaun atau baru membuka akaun PRS Berusia tidak kurang 20 tahun dan tidak melebihi 31 tahun mengikut […]

Read more

Paper Profit/Paper Loss

Apakah paper profit / paper loss? Paper profit boleh diterjemahkan kepada “untung atas kertas” atau “rugi atas kertas”. Ia juga disebut “unrealized profit” atau “unrealized capital gain” yang boleh diterjemahkan sebagai sebagai keuntungan yg belum direalisasikan atau keuntungan yg belum “real”. Maknanya, anda untung tapi untung sebenar belum dimiliki dlm bentuk RM yg boleh dicairkan. Faham ke faham? Berikut adalah contoh; 1. Anda beli emas dengan harga RM150/g dan kini naik kpd RM170/g. Anda untung RM20/g tapi itu hanya untung atas kertas kecuali anda jual emas tersebut maka ia menjadi untung sebenar. 2. Anda beli saham RM10,000 kemudian harga saham […]

Read more

Keistimewaan Medical Card Takaful Ikhlas (Mediplan)

Medical card adalah salah satu ciri penting dalam takaful. Berbanding 10-20 tahun yang lepas, ramai orang mulai sedar kepentingan medical card. Salah satu sebab utama adalah kos perubatan  yang semakin tinggi di samping keadaan hospital kerajaan yang tidak mampu menampung bilangan pesakit yang meningkat setiap tahun. Apabila pesakit terlalu ramai, pihak hospital akan mendahulukan kes-kes kritikal dan kecemasan. Semasa ditimpa kesakitan, sesiapa pun tidak mahu menunggu lama untuk mendapat rawatan. Apatah lagi ia melibatkan nyawa. Dalam keadaan ini, anda boleh membuat pilihan untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta yang mana kita sedia maklum bahawa kos rawatan adalah jauh lebih mahal […]

Read more

Bagaimana Membezakan Antara Skim Pelaburan Haram dan Skim Pelaburan Yang Diiktiraf

Tidak dinafikan pada zaman kelembapan ekonomi ramai yang mencari jalan singkat untuk cepat kaya. Jika tidak berhati-hati, anda juga boleh terjerumus ke dalam penipuan skim cepat kaya. Skim-skim seperti ini telah lama wujud di Malaysia. Antara yang mahsyur adalah Skim Pak Man Telo dan labu peram yang terkenal di sekitar tahun 80-an. Akhbar melaporkan kes skim cepat kaya Pak Man Telo sebagai “salah satu skandal kewangan yang terbesar” di Malaysia, setanding dengan kes Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan kehilangan lebih RM22 juta dari Bank Negara Malaysia. Bezanya, Pak Man Telo hanyalah seorang bekas wartawan dan bukanlah pakar dalam bidang ekonomi […]

Read more

Phillip Mutual Berhad

Phillip Mutual diperbadankan di Malaysia pada 31 Januari 2002 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan modal berbayar sebanyak RM10.58 juta. Pemegang saham utama Phillip Mutual adalah Phillip Capital Holdings Sdn Bhd (70%) dan Ehsan Astaka Sdn Bhd (30%). Sehingga 30 April 2015, dana pemegang saham ini meningkat sebanyak RM12.2 juta. Phillip Mutual adalah sebahagian daripada PhillipCapital Group of companies, syarikat kewangan konglomerat, dengan kepakaran dalam bidang saham dan futures, pengurusan dana, dan IT. Kumpulan PhillipCapital yang telah diasaskan sejak 1975 menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam bidang kewangan.  Sehingga hari ini, PhillipCapital Group telah melebarkan sayap dan menjadi hub kewangan yang teguh […]

Read more

Pelepasan Cukai dan Insentif Untuk PRS

Insentif RM500 Kerajaan Untuk PRS Dalam Bajet 2014 yang dibentangkan pada 25 Oktober 2013, Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM500 kepada pencarum yang menyertai skim PRS untuk memupuk kepentingan menabung dari usia muda. RM500 ini adalah sumbangan oleh Kerajaan sebagai galakkan kepada golongan belia berumur antara 20 hingga 30 untuk menyertai pelaburan jangka panjang. PRS atau Private Retirement Scheme mula diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2012 sebagai inisiatif tambahan kepada tabung persaraan sedia ada. Berbanding skim KWSP yang diwajibkan ke atas semua pekerja, PRS lebih bersifat sukarela. Ia juga sesuai disertai oleh individu yang bekerja sendiri yang mana tidak […]

Read more