Pada Pemegang Polisi Takaful Investment Link… Anda WAJIB Tahu Ini…

Saya harap setelah kita dapat buku polisi, kita tak terus letak dalam rak buku la ye,atleast kene buka dan baca… Hari ni kita ‘bedah’ skit jadual contribution ini ye..kita zoom dekat cash value.. 1) Anda patut tahu dan paham bahawa cash value yang tertera di jadual tersebut hanyalah PROJECTION 2) Projection return ada di tulis di dalam buku polisi –  1st column, selalunya 2% projection return – 2nd column, 9%-8% projection return for the first 20 years and 6% onwards 3) Hakikatnya, adakah performance dana yang anda laburkan itu adalah seperti apa yang tertera di dalam buku polisi? 4) Maksudnya […]

Read more

Pelaburan Unit Trust Melalui KWSP 2017

Pada bulan September yang lalu, KWSP telah menyemak semula kadar simpanan asas untuk tahun 2017 bagi tujuan pengeluaran untuk pelaburan dalam unit trust. Kali terakhir ia disemak adalah pada 2014. Berikut ialah jadual baru kadar simpanan asas berkuatkuasa 1 Januari 2017. KWSP juga telah menaikkan kadar kelayakan pelaburan kepada 30% daripada baki simpanan asas. Sila rujuk contoh untuk cara pengiraan yang baharu. Formula kiraan: (Jumlah baki dalam Akaun 1 – simpanan asas) x 30% Contoh 1 Pencarum A berusia 30 tahun dan mempunyai simpanan Akaun 1 sebanyak RM50,000 (Jumlah baki dalam Akaun 1 – simpanan asas) x 30% (RM50,000 – […]

Read more

Insentif PRS Dinaikkan ke RM1,000 Dalam Bajet 2017

Selaras dengan Bajet 2017, insentif PRS untuk belia berusia antara 20-30 tahun telah dinaikkan menjadi RM1,000 berbanding RM500 sebelum ini. Kerajaan akan menyumbang RM1,000 untuk setiap individu berkelayakan dan akan terus dimasukkan ke dalam akaun PRS. Individu mestilah mempunyai jumlah sumbangan kasar sekurang-kurangnya RM1,000 dalam tempoh dua tahun bermula dari tahun 2017 hingga 2018. Untuk tujuan ini, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM165 juta. Ia adalah untuk menggalakkan golongan muda membuat pelaburan jangka panjang. Kelayakan pemberian insentif: Individu rakyat Malaysia yang telah membuka akaun atau baru membuka akaun PRS Berusia tidak kurang 20 tahun dan tidak melebihi 31 tahun mengikut […]

Read more

Paper Profit/Paper Loss

Apakah paper profit / paper loss? Paper profit boleh diterjemahkan kepada “untung atas kertas” atau “rugi atas kertas”. Ia juga disebut “unrealized profit” atau “unrealized capital gain” yang boleh diterjemahkan sebagai sebagai keuntungan yg belum direalisasikan atau keuntungan yg belum “real”. Maknanya, anda untung tapi untung sebenar belum dimiliki dlm bentuk RM yg boleh dicairkan. Faham ke faham? Berikut adalah contoh; 1. Anda beli emas dengan harga RM150/g dan kini naik kpd RM170/g. Anda untung RM20/g tapi itu hanya untung atas kertas kecuali anda jual emas tersebut maka ia menjadi untung sebenar. 2. Anda beli saham RM10,000 kemudian harga saham […]

Read more

Kadar Simpanan Asas KWSP Disemak Semula

Pada 26 September yang lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa jumlah bagi simpanan asas akan dinaikkan daripada RM196,800 kepada RM228,000 berkuat kuasa 1 Januari 2017. Jumlah ini akan ditetapkan sebagai sasaran minimum pencarum apabila mereka mencapai umur 55 tahun. Simpanan asas tersebut merujuk kepada jumlah yang dianggap mencukupi bagi keperluan asas persaraan ahli selama 20 tahun dari usia 55 hingga 75 selaras dengan jangka hayat rakyat purata Malaysia. Kali terakhir simpanan asas ini diubah adalah pada 2014 Berikutan ini, pencarum kini dikehendaki mempunyai simpanan yang lebih tinggi dalam akaun KWSP mereka untuk layak untuk menyertai Skim Pelaburan Ahli […]

Read more

Melabur Dalam Unit Trust Menggunakan KWSP

Masih ramai yang tidak tahu bahawa anda boleh menggunakan sebahagian simpanan KWSP anda untuk melabur dalam Unit Trust. Walaupun demikian, anda perlu semak status kelayakan pengeluaran anda dahulu. Kelayakan ini ditentukan oleh umur dan simpanan asas yang perlu ada dalam akaun 1 anda. Hanya 20% daripada baki simpanan asas yang boleh dikeluarkan untuk pelaburan. Untuk menyemak baki akaun KWSP anda, anda boleh dapatkan penyata akaun daripada cawangan-cawangan KWSP atau cara yang paling mudah ialah menggunakan i-Akaun dan semak secara online. Jika anda masih belum mendaftar i-Akaun, anda boleh hubungi KWSP pada waktu pejabat di talian 03-89226000 untuk bantuan. Proses mendaftar […]

Read more

Bagaimana Membezakan Antara Skim Pelaburan Haram dan Skim Pelaburan Yang Diiktiraf

Tidak dinafikan pada zaman kelembapan ekonomi ramai yang mencari jalan singkat untuk cepat kaya. Jika tidak berhati-hati, anda juga boleh terjerumus ke dalam penipuan skim cepat kaya. Skim-skim seperti ini telah lama wujud di Malaysia. Antara yang mahsyur adalah Skim Pak Man Telo dan labu peram yang terkenal di sekitar tahun 80-an. Akhbar melaporkan kes skim cepat kaya Pak Man Telo sebagai “salah satu skandal kewangan yang terbesar” di Malaysia, setanding dengan kes Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan kehilangan lebih RM22 juta dari Bank Negara Malaysia. Bezanya, Pak Man Telo hanyalah seorang bekas wartawan dan bukanlah pakar dalam bidang ekonomi […]

Read more

How to Invest in a Down Market? – 5 Malaysian Financial Experts Share Their Opinions

“May I ask for your opinion on safe investing strategies, given the devalued Ringgit and lack of trust in the government and Malaysian economy in general nowadays? – Suraya from Chicken Floss Bun – I received the above question from one of my readers. I had an opinion of course, which I promptly sent back to her. But let’s be honest, I’m no investment expert. I’m more of a keep-costs-low (stingy), and get the best deal kinda guy. So I decided to talk to some financial experts. And by experts, I don’t mean head of investment services of banks. You […]

Read more

Phillip Mutual Berhad

Phillip Mutual diperbadankan di Malaysia pada 31 Januari 2002 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan modal berbayar sebanyak RM10.58 juta. Pemegang saham utama Phillip Mutual adalah Phillip Capital Holdings Sdn Bhd (70%) dan Ehsan Astaka Sdn Bhd (30%). Sehingga 30 April 2015, dana pemegang saham ini meningkat sebanyak RM12.2 juta. Phillip Mutual adalah sebahagian daripada PhillipCapital Group of companies, syarikat kewangan konglomerat, dengan kepakaran dalam bidang saham dan futures, pengurusan dana, dan IT. Kumpulan PhillipCapital yang telah diasaskan sejak 1975 menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam bidang kewangan.  Sehingga hari ini, PhillipCapital Group telah melebarkan sayap dan menjadi hub kewangan yang teguh […]

Read more

Pelepasan Cukai dan Insentif Untuk PRS

Insentif RM500 Kerajaan Untuk PRS Dalam Bajet 2014 yang dibentangkan pada 25 Oktober 2013, Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM500 kepada pencarum yang menyertai skim PRS untuk memupuk kepentingan menabung dari usia muda. RM500 ini adalah sumbangan oleh Kerajaan sebagai galakkan kepada golongan belia berumur antara 20 hingga 30 untuk menyertai pelaburan jangka panjang. PRS atau Private Retirement Scheme mula diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2012 sebagai inisiatif tambahan kepada tabung persaraan sedia ada. Berbanding skim KWSP yang diwajibkan ke atas semua pekerja, PRS lebih bersifat sukarela. Ia juga sesuai disertai oleh individu yang bekerja sendiri yang mana tidak […]

Read more