Insentif PRS Dinaikkan ke RM1,000 Dalam Bajet 2017

Selaras dengan Bajet 2017, insentif PRS untuk belia berusia antara 20-30 tahun telah dinaikkan menjadi RM1,000 berbanding RM500 sebelum ini. Kerajaan akan menyumbang RM1,000 untuk setiap individu berkelayakan dan akan terus dimasukkan ke dalam akaun PRS. Individu mestilah mempunyai jumlah sumbangan kasar sekurang-kurangnya RM1,000 dalam tempoh dua tahun bermula dari tahun 2017 hingga 2018. Untuk tujuan ini, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM165 juta. Ia adalah untuk menggalakkan golongan muda membuat pelaburan jangka panjang. Kelayakan pemberian insentif: Individu rakyat Malaysia yang telah membuka akaun atau baru membuka akaun PRS Berusia tidak kurang 20 tahun dan tidak melebihi 31 tahun mengikut […]

Read more

Paper Profit/Paper Loss

Apakah paper profit / paper loss? Paper profit boleh diterjemahkan kepada “untung atas kertas” atau “rugi atas kertas”. Ia juga disebut “unrealized profit” atau “unrealized capital gain” yang boleh diterjemahkan sebagai sebagai keuntungan yg belum direalisasikan atau keuntungan yg belum “real”. Maknanya, anda untung tapi untung sebenar belum dimiliki dlm bentuk RM yg boleh dicairkan. Faham ke faham? Berikut adalah contoh; 1. Anda beli emas dengan harga RM150/g dan kini naik kpd RM170/g. Anda untung RM20/g tapi itu hanya untung atas kertas kecuali anda jual emas tersebut maka ia menjadi untung sebenar. 2. Anda beli saham RM10,000 kemudian harga saham […]

Read more

Phillip Mutual Berhad

Phillip Mutual diperbadankan di Malaysia pada 31 Januari 2002 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan modal berbayar sebanyak RM10.58 juta. Pemegang saham utama Phillip Mutual adalah Phillip Capital Holdings Sdn Bhd (70%) dan Ehsan Astaka Sdn Bhd (30%). Sehingga 30 April 2015, dana pemegang saham ini meningkat sebanyak RM12.2 juta. Phillip Mutual adalah sebahagian daripada PhillipCapital Group of companies, syarikat kewangan konglomerat, dengan kepakaran dalam bidang saham dan futures, pengurusan dana, dan IT. Kumpulan PhillipCapital yang telah diasaskan sejak 1975 menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam bidang kewangan.¬† Sehingga hari ini, PhillipCapital Group telah melebarkan sayap dan menjadi hub kewangan yang teguh […]

Read more

Pelepasan Cukai dan Insentif Untuk PRS

Insentif RM500¬†Kerajaan Untuk PRS Dalam Bajet 2014 yang dibentangkan pada 25 Oktober 2013, Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM500 kepada pencarum yang menyertai skim PRS untuk memupuk kepentingan menabung dari usia muda. RM500 ini adalah sumbangan oleh Kerajaan sebagai galakkan kepada golongan belia berumur antara 20 hingga 30 untuk menyertai pelaburan jangka panjang. PRS atau Private Retirement Scheme mula diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2012 sebagai inisiatif tambahan kepada tabung persaraan sedia ada. Berbanding skim KWSP yang diwajibkan ke atas semua pekerja, PRS lebih bersifat sukarela. Ia juga sesuai disertai oleh individu yang bekerja sendiri yang mana tidak […]

Read more