INSTITUSI YANG MENGENDALIKAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA DAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN

INSTITUSI YANG MENGENDALIKAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA DAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN

Urusan pembahagian harta pusaka di kendalikan oleh empat institusi yang telah ditetapkan bidang kuasa masing-masing. Mereka adalah:

AMANAH RAYA BERHAD (pusaka ringkas)
Mengendalikan harta si mati yang hanya meninggalkan harta alih sahaja
dan nilainya tidak melebihi RM 600,000 berpandukan kepada Akta
Perbadanan Amanah Raya Berhad (Akta 532).
Contohnya: sekiranya si mati hanya meninggalkan wang simpanan di
institusi kewangan (BSN, ASB, Tabung Haji, KWSP), kenderaan (kereta, motosikal), saham, dividen dan sebagainya.

SEKSYEN PEMBAHAGIAN PUSAKA/ PEJABAT TANAH (pusaka kecil)
Di peringkat negeri atau daerah dikenali sebagai Unit Pembahagian
Pusaka, mengendalikan harta si mati yang meninggalkan harta tak alih
(tanah) sahaja atau harta tak alih beserta dengan harta alih seperti duit
simpanan di bank dan sebagainya dan nilainya tidak melebihi RM 600,000
dan tidak berwasiat mengikut Akta Wasiat 1959. Undang-undang
berkuatkuasa ialah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta
98). (Pindaan nilaian pusaka kecil kepada RM2,000,000 akan
dikuatkuasakan tidak lama lagi).
Contohnya: si mati meninggalkan 2 bidang tanah sahaja atau
meninggalkan 2 bidang tanah dan duit simpanan di Lembaga Tabung
Haji.

MAHKAMAH TINGGI (pusaka besar)
Mengendalikan harta si mati yang meninggalkan sama ada harta tak alih (tanah) atau harta alih yang nilainya melebihi RM 600,000 atau harta berwasiat (bagi bukan Islam) walaupun nilainya kurang daripada RM600,000. Mahkamah Tinggi juga mengendalikan kes-kes

MAHKAMAH SYARIAH
Mengendalikan kes-kes penentuan waris dan bahagian setiap orang waris
yang dikeluarkan dalam “Sijil Faraid“. Ini berdasarkan kepada Enakmen
Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri atau Akta Pentadbiran Undang-
undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 (Akta505). Di samping
itu Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa dalam hal berkaitan
wasiat, hibah, wakaf, sah taraf anak, perkahwinan, harta sepencarian dan
nasab yang mana semua ini mempunyai kaitan rapat bahkan keputusan Mahkamah Syariah berkaitan perkara-perkara di atas mempengaruhi pembahagian harta pusaka.

This Post Has One Comment

Leave a Reply