Pada 26 September yang lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa jumlah bagi simpanan asas akan dinaikkan daripada RM196,800 kepada RM228,000 berkuat kuasa 1 Januari 2017. Jumlah ini akan ditetapkan sebagai sasaran minimum pencarum apabila mereka mencapai umur 55 tahun. Simpanan asas tersebut merujuk kepada jumlah yang dianggap mencukupi bagi keperluan asas persaraan ahli selama 20 tahun dari usia 55 hingga 75 selaras dengan jangka hayat rakyat purata Malaysia. Kali terakhir simpanan asas ini diubah adalah pada 2014
Berikutan ini, pencarum kini dikehendaki mempunyai simpanan yang lebih tinggi dalam akaun KWSP mereka untuk layak untuk menyertai Skim Pelaburan Ahli KWSP (EPF-MIS). Skim ini menyediakan ahli dengan pilihan untuk meningkatkan simpanan persaraan mereka dengan meletakkan sebahagian daripada simpanan KWSP dalam Akaun 1 untuk dilaburkan dalam unit trust ataupun mana-mana badan pengurusan dana swasta yang dilantik oleh Fund Managers Institutions (FMI) di bawah EPF-MIS. Kadar simpanan asas ini akan digunakan sebagai panduan pencarum untuk menentukan jumlah yang dibenarkan untuk dipindahkan untuk pelaburan di bawah skim ini.
Berkuatkuasa 1 Januari 2017, jumlah yang dibenarkan untuk melabur di bawah KWSP-MIS telah meningkat kepada 30 % yang melebihi simpanan asas daripada Akaun 1, daripada 20% tahun sebelumnya.