Keistimewaan Medical Card Takaful Ikhlas (Mediplan)

Medical card adalah salah satu ciri penting dalam takaful. Berbanding 10-20 tahun yang lepas, ramai orang mulai sedar kepentingan medical card. Salah satu sebab utama adalah kos perubatan  yang semakin tinggi di samping keadaan hospital kerajaan yang tidak mampu menampung bilangan pesakit yang meningkat setiap tahun. Apabila pesakit terlalu ramai, pihak hospital akan mendahulukan kes-kes kritikal dan kecemasan. Semasa ditimpa kesakitan, sesiapa pun tidak mahu menunggu lama untuk mendapat rawatan. Apatah lagi ia melibatkan nyawa. Dalam keadaan ini, anda boleh membuat pilihan untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta yang mana kita sedia maklum bahawa kos rawatan adalah jauh lebih mahal berbanding hospital kerajaan. Alangkah baiknya jika waktu itu anda mempunyai medical card yang akan menanggung 100% kos rawatan anda. Tidak perlu tunggu lama untuk dapat rawatan di samping mendapat kemudahan yang selesa.

Keistimewaan Medical Card Takaful Ikhlas (Mediplan) - Sebab utama peminjam Gagal Bayar Hutang

Terdapat beberapa syarikat takaful dan insurans yang menawarkan medical dengan berbagai ciri di Malaysia. Jika anda seorang yang mahukan produk patuh syariah dalam masa yang sama mencari medical card yang menawarkan nilai yang tinggi, semestinya Medical card Takaful Ikhlas menjadi pilihan utama.

Antara kelebihan Medical card Takaful Ikhlas berbanding syarikat lain:

  1. Medical card Takaful Ikhlas tiada annual limit
    Kebanyakan syarikat lain meletakkan had sekitar RM100,000 setiap tahun. Jika anda perlukan rawatan yang memerlukan jumlah yang lebih daripada itu dalam tahun yang sama, anda perlu bayar sendiri atau tunggu sehingga tahun berikutnya untuk limit anda reset kembali. Anda boleh juga tambah limit RM200,000 atau RM300,000 setahun tetapi harga premium bulanan pun akan naik menjadi lebih mahal.
  2. Kos yang rendah dengan nilai yang tinggi
    Dengan kos yang rendah, anda mendapat nilai perlindungan yang tinggi. Bagi individu lelaki berumur 30 tahun ke bawah, anda hanya perlu menyumbang RM150 sebulan untuk mendapatkan medical card dengan manfaat RM850,000 seumur hidup tanpa had tahunan.
  3. Harga bilik (room & board) meningkat 10% setiap 3 tahun jika tiada claim
    Antara ciri terbaik medical card kalis inflasi daripada Takaful Ikhlas. Jika tiada tuntutan dibuat dalam masa 3 tahun berturut-turut, limit harga bilik anda dinaikkan kepada 10%. Proses ini akan berulang setiap cycle 3 tahun sehingga maksimum 150% daripada pelan asal. Ini bermaksud, jika pelan asal adalah RM150, had harga bilik anda boleh naik sehingga RM225!
  4. Tiada ko-takaful
    Jika claim tidak melebihi 10% daripada had seumur hidup keseluruhan pada tahun yang sama. Jika claim melebihi 10% dalam tahun yang sama, tertakluk kepada had maksimum sebanyak RM3,000 bagi satu hilang upaya.
  5. Jika ambil bilik yang lebih murah daripada limit, dapat tunai
    Jika had room & board anda adalah RM150 tetapi anda memilih untuk duduk di bilik bernilai RM100, anda layak terima tunai berdasarkan baki harga bilik.
  6. Hanya bayar perbezaan harga bilik jika upgrade bilik lebih mahal
    Jika had room & board anda adalah RM150 tetapi anda memilih bilik yang lebih mahal, anda hanya perlu bayar perbezaan harga bilik sahaja.
  7. Bantuan rawatan perubatan tradisional akibat kemalangan RM200
    Tertakluk kepada nasihat dan syor pegawai perubatan
  8. Elaun tunai jika masuk hospital kerajaan
    Anda layak menerima bayaran tunai harian jika memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan
  9. Bantuan tunai kanser dan kegagalan buah pinggang apabila didiagnosis kali pertama RM5,000-RM10,000
    Kebanyakan pelan takaful dan insurans tidak melindungi penyakit kanser yang didiagnosis pada peringkat awal kecuali di ambil bersama rider tambahan untuk perlindungan peringkat awal. Medical card Takaful Ikhlas menawarkan perlindungan peringkat awal untuk kanser dan kegagalan buah pinggang apabila didiagnosis kali pertama lagi.
  10. Urusan masuk hospital 24 hours
    Takaful Ikhlas menggunakan khidmat Third Party Administrator (TPA) untuk menguruskan kemasukan ke hospital dan claim. Ini bermakna, anda tidak perlu menghubungi agent andai kata anda perlu admit ke hospital pada jam 3 pagi atau bila-bila masa pun. Anda boleh terus hubungi nombor yang tertera pada medical card anda dan TPA akan menguruskan semuanya! Sesetengah syarikat takaful tidak mempunyai TPA, maka anda perlu berurusan dengan agent. Bayangkan jika agent sibuk atau tidak menjawab panggilan. Sudah tentu melambatkan urusan anda.
  11. Status claim boleh disemak melalui aplikasi smartphone Medi Express (terbaru!)
    Mudah bukan? Dengan aplikasi ini, anda boleh mencari lokasi hospital panel terdekat dan menyemak status claim anda. Anda boleh download aplikasi tersebut di sini. Daftar dengan nombor IC dan nombor polisi anda.

Anatomy of Takaful

Mediplan Table

Pelan Medical Card Takaful Ikhlas

Jika anda berminat atau ingin tahu info yang lebih lanjut lagi, boleh hubungi saya di talian 010-960 0094 atau isikan quotation request form di bawah.

Nota: Medical card ini adalah rider yang perlu diambil bersama dengan pelan takaful hayat. Ia bukan medical card standalone.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *