Melabur Dalam Unit Trust Menggunakan KWSP

Masih ramai yang tidak tahu bahawa anda boleh menggunakan sebahagian simpanan KWSP anda untuk melabur dalam Unit Trust. Walaupun demikian, anda perlu semak status kelayakan pengeluaran anda dahulu. Kelayakan ini ditentukan oleh umur dan simpanan asas yang perlu ada dalam akaun 1 anda. Hanya 20% daripada baki simpanan asas yang boleh dikeluarkan untuk pelaburan.

Untuk menyemak baki akaun KWSP anda, anda boleh dapatkan penyata akaun daripada cawangan-cawangan KWSP atau cara yang paling mudah ialah menggunakan i-Akaun dan semak secara online. Jika anda masih belum mendaftar i-Akaun, anda boleh hubungi KWSP pada waktu pejabat di talian 03-89226000 untuk bantuan. Proses mendaftar i-akaun adalah sangat mudah dan biasanya mengambil masa kurang daripada 15 minit. Setelah anda mendaftar, anda boleh login dan melihat penyata KWSP anda pada bila-bila masa saja.
Sila rujuk jadual di bawah untuk mengetahui kadar simpanan asas yang ditetapkan mengikut umur.
Pengiraan di bawah telah dimansuhkan mulai 1 Januari 2017. Rujuk nota kemaskini untuk pengiraan mengikut kadar baru.
Contoh situasi:
Ahmad berumur 30 tahun dan mempunyai simpanan sebanyak RM50,000 dalam akaun 1 KWSP.
Jumlah yang boleh Ahmad laburkan ialah;
(Jumlah akaun 1 – Simpanan asas) x 20%
(RM50,000 – RM27,000) x 20% = RM4,600
Kelayakan pengeluaran Ahmad untuk pelaburan unit amanah ialah RM4,600.
*Amaun minimum ialah RM1,000. Jika baki selepas pengiraan kurang daripada RM1,000, ia dikira tidak layak.
Jika anda berminat untuk mendapat penjelasan lanjut, anda boleh menghubungi saya menggunakan contact form di atas atau hubungi 010-9600094. Sila sertakan nama, dan nombor telefon anda untuk saya hubungi semula.
Kemaskini: Mulai 1 Januari 2017, kadar simpanan asas KWSP disemak semula. Sila rujuk kadar baru di sini
Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *