Takaful Ikhlas Berhad

  Takaful Ikhlas Bhd (Takaful IKHLAS) telah diperbadankan pada 18 September 2002 dan merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad.¬†Pada 5 Mei 2014, Syarikat menukar statusnya menjadi syarikat awam, Takaful Ikhlas Berhad. Syarikat terlibat terutamanya dalam penyediaan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam yang berlandaskan prinsip dan hukum Syariah. Takaful IKHLAS telah mengukuhkan kehadirannya dalam penyediaan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam berasaskan sistem takaful yang meletakkan penekanan kepada semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta. Objektif Takaful IKHLAS adalah untuk menjadi penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan Islam dan ia membuat usaha bersepadu untuk mencapai cita-cita ini.

Read more

Pelepasan Cukai dan Insentif Untuk PRS

Insentif RM500¬†Kerajaan Untuk PRS Dalam Bajet 2014 yang dibentangkan pada 25 Oktober 2013, Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM500 kepada pencarum yang menyertai skim PRS untuk memupuk kepentingan menabung dari usia muda. RM500 ini adalah sumbangan oleh Kerajaan sebagai galakkan kepada golongan belia berumur antara 20 hingga 30 untuk menyertai pelaburan jangka panjang. PRS atau Private Retirement Scheme mula diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2012 sebagai inisiatif tambahan kepada tabung persaraan sedia ada. Berbanding skim KWSP yang diwajibkan ke atas semua pekerja, PRS lebih bersifat sukarela. Ia juga sesuai disertai oleh individu yang bekerja sendiri yang mana tidak […]

Read more

Selamat Datang ke Nadjwa.my!

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya. Di sini saya akan berkongsi info-info tentang kewangan terutama yang berkaitan Takaful, Unit Trust, PRS dan Wasiat. Anda boleh memasukkan email anda di ruangan subscribe supaya anda tidak terlepas info-info terkini. Jika anda seorang perunding di bidang kewangan dan ingin berkongsi artikel, hubungi saya menggunakan contact form di atas.  

Read more
1 3 4 5