Pelaburan Unit Trust Melalui KWSP 2017

Pelaburan Unit Trust Melalui KWSP 2017

Pada bulan September yang lalu, KWSP telah menyemak semula kadar simpanan asas untuk tahun 2017 bagi tujuan pengeluaran untuk pelaburan dalam unit trust. Kali terakhir ia disemak adalah pada 2014. Berikut ialah jadual baru kadar simpanan asas berkuatkuasa 1 Januari 2017.

KWSP juga telah menaikkan kadar kelayakan pelaburan kepada 30% daripada baki simpanan asas. Sila rujuk contoh untuk cara pengiraan yang baharu.

Formula kiraan: (Jumlah baki dalam Akaun 1 – simpanan asas) x 30%

Contoh 1

Pencarum A berusia 30 tahun dan mempunyai simpanan Akaun 1 sebanyak RM50,000

(Jumlah baki dalam Akaun 1 – simpanan asas) x 30%

(RM50,000 – 29,000) x 30% = RM6,300

Kelayakan pengeluaran pencarum A ialah: RM6,300

Contoh 2

Pencarum B berusia 40 tahun dan mempunyai simpanan Akaun 1 sebanyak RM80,000

(Jumlah baki dalam Akaun 1 – simpanan asas) x 30%

(RM80,000 – 78,000) x 30% = RM600

Kelayakan pengeluaran pencarum B ialah: tidak layak*

*jumlah minimum untuk pengeluaran pelaburan ialah RM1,000

 

Leave a Reply