Pengenalan Tentang Medical Card

Pengenalan Tentang Medical Card

Apabila sebut tentang takaful atau insurans, kebanyakan orang fikir ia adalah untuk digunakan untuk masuk ke hospital. Anggapan tersebut tidak salah, tetapi ia hanyalah sebahagian daripada manfaat takaful. Manfaat takaful yang sebenar adalah lebih luas daripada itu.

Secara umum, terdapat 2 jenis medical card di pasaran. Pertama ialah standalone medical card, yang kedua ialah rider (pelan tambahan) yang perlu diambil bersama dengan pelan takaful hayat. Terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua jenis medical in.

Standalone medical card biasanya lebih murah daripada medical card jenis rider. Ini kerana standalone medical card hanya digunakan untuk menerima rawatan di hospital sahaja. Kalau seumur hidup anda tak pernah masuk hospital ia akan tamat begitu sahaja tanpa sebarang manfaat lain. Berbeza dengan rider, walaupun anda tak pernah guna medical card tersebut, anda tetap dapat perlindungan hayat (guarantee) bersama dengan cash value daripada pelaburan.

Jadi yang mana lebih sesuai?

Ia bergantung kepada keperluan anda. Untuk orang dewasa yang mempunyai tanggungan, medical card jenis rider adalah lebih sesuai kerana ia dilengkapi dengan income protection sekiranya hilang upaya atau mati. Income protection akan bertindak sebagai pengganti pendapatan sekiranya peserta ditakdirkan hilang upaya kekal.

Manakala bagi peserta kanak-kanak, standalone medical card lebih sesuai kerana kanak-kanak tidak perlukan income protection.

Terdapat juga Education plan untuk kanak-kanak (pelaburan+takaful) tetapi saya secara peribadi tidak mencadangkan anda ‘melabur’ dalam takaful kerana pulangannya tak sama dengan melabur di instrument pelaburan. Takaful adalah instrument untuk protection, tidak wajar untuk kita expect pulangan yang sama seperti melabur di ASB atau unit trust. Kesimpulannya, waima untuk tujuan pelaburan atau perlindungan, pilihlah instrument yang sesuai.

 

Leave a Reply