Peranan Wasiat

Melantik Wasi

Melantik wasi merupakan salah satu elemen yang paling penting di dalam menguruskan harta seseorang selepas meninggal dunia. Wasi akan bertindak sebagai pentadbir pusaka arwah termasuklah memulakan proses urus pusaka, melunaskan hutang arwah, melaksanakan wasiat dan membahagikan baki dari pusaka kepada waris mengikut lunas undang-undang. Wasiat sebaiknya bertulis, bertarikh dan bersaksi serta dibuat dengan bantuan pakar.

Sedekah

Wasiat sedekah bermaksud seseorang itu meninggalkan wasiat supaya hartanya itu disedekahkan atau diwakafkan ke jalan Allah. Wasiat ini semestinya tidak boleh melebihi 1/3 harta atau anggarannya 33.33% dari baki pusaka arwah. Wasiat ini wajib dilaksanakan setelah hutang diselesaikan dan juga sebelum dibahagikan kepada waris-waris yang berhak.

Wasiat Kepada Bukan Waris

Wasiat ini adalah bertujuan untuk memberi harta pusaka kepada seseorang yang bukan waris atau kepada waris yang tidak akan mewarisi pusaka melalui hukum faraid sebagai contoh anak angkat, anak tiri, anak susuan, jiran, kawan, cucu dari anak perempuan, waris yang terdinding dari terima pusaka mengikut hukum faraid dan sebagainya. Terhad kepada 1/3 harga sahaja. Jika lebih perlu mendapatkan persetujuan daripada waris yang lain.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *