Phillip Mutual Berhad

Phillip Mutual Berhad

Phillip Mutual diperbadankan di Malaysia pada 31 Januari 2002 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan modal berbayar sebanyak RM10.58 juta. Pemegang saham utama Phillip Mutual adalah Phillip Capital Holdings Sdn Bhd (70%) dan Ehsan Astaka Sdn Bhd (30%). Sehingga 30 April 2015, dana pemegang saham ini meningkat sebanyak RM12.2 juta.

Phillip Mutual adalah sebahagian daripada PhillipCapital Group of companies, syarikat kewangan konglomerat, dengan kepakaran dalam bidang saham dan futures, pengurusan dana, dan IT. Kumpulan PhillipCapital yang telah diasaskan sejak 1975 menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam bidang kewangan.  Sehingga hari ini, PhillipCapital Group telah melebarkan sayap dan menjadi hub kewangan yang teguh di Singapore, UK, USA, France, Japan, China, Hong Kong, Malaysia, Thailand, Indonesia, Sri Lanka, Turkey, India, Dubai, Cambodia and Australia.

Apakah Kelebihan Phillip Mutual?

Banyak pilihan fund unit trust dan PRS

Phillip Mutual adalah satu-satunya syarikat unit trust di Malaysia yang diberikan lesen untuk menjual lebih daripada 350 fund yang ditawarkan oleh 25 syarikat unit trust yang lain. Maksudnya, selain daripada menjual fund mereka sendiri, Phillip Mutual juga diberikan lesen menjual fund daripada syarikat-syarikat berikut

Bukan hanya unit trust, malah Phillip Mutual juga mempunyai lesen untuk memasarkan fund PRS (Private Retirement Scheme) yang ditawarkan oleh 7 daripada 8 syarikat PRS yang diberikan lesen oleh PPA (Private Pension Administrator)

Dengan ini, anda mempunyai banyak pilihan pelaburan dan boleh membanding-bandingkan pilihan yang ada supaya anda memilih yang terbaik! Saya sebagai konsultan semestinya akan mengesyorkan fund yang terbaik untuk anda. Ia mudah, pantas dan menjimatkan. Akaun pelaburan anda akan digabungkan dalam satu platform dan menjadikannya mudah dipantau.

Switching Intercompany (pertukaran pelaburan ke syarikat lain)
  1. Tiada jaminan sesuatu fund akan sentiasa Perform setiap masa. Ada masanya, kita perlu Switching.
  2. Seringkali switching fund dalam company yang sama tidak memberikan hasil seperti yang diharapkan. Maka, di sinilah terdapatnya keperluan untuk switch ke Fund Manager yang berkredibiliti dan lebih baik.
    Phillip Mutual memberikan anda Privilege ini – yang membolehkan anda switch fund intercompany. Maksudnya:
  1. Jika prestasi fund anda sekarang tidak bagus, anda boleh Switch ke fund lain yang lebih baik prestasinya. Contohnya, Switching dari PMB Shariah Aggresive ke Eastspring Daan Al-Ilham.
  2. Umpama berperang, strategi pelaburan adalah sangat penting. Jika terdapat peluang untuk buat keuntungan, maka switching ini amat membantu. Contohnya ketika ekonomi US semakin baik (tatkala ekonomi Malaysia tidak memberangsangkan), kita boleh switch fund contohnya dari Kenanga Syariah Growth ke AmOasis Global Islamic Equity Fund untuk manfaatkan keuntungan pelaburan di luar negara.
  3. Anda berpeluang untuk maintain melabur dalam Fund Terbaik pada setiap masa. Sudah pasti kita menginginkan berada dalam fund terbaik yang mampu memberikan pulangan terbaik. Anda berpeluang untuk switch fund ke fund yang lebih baik prestasinya dari fund anda sekarang.
  4. Ada kalanya, kita perlu menguruskan Risiko dengan baik. Jika perlu, kita boleh switch ke fund yang lebih rendah risikonya seperti fund dari kategori Balanced / Bond untuk mengekalkan keuntungan.
  5. Pelabur juga boleh menukar selera pelaburan contohnya dari Fund yang target for Capital Growth ke Fund yang focus pada Income = dividen. Ia mungkin dilakukan seiring peningkatan usia yang memerlukan kita mengubah objektif plaburan kita.
Berapakah switching fee untuk switch fund inter-company?
  1. PERCUMA jika anda switch fund daripada fund yang lebih tinggi Sales Charge ke fund yang lebih rendah Sales Chargenya. Contohnya, switch adalah PERCUMA dari PMB Shariah Aggresive (Sales Charge 6%) ke Eastspring Dana Ilham (Sales Charge 5.26%).
  2. MINIMAL CHARGE jika switch fund daripada fund yang lebih rendah Sales Charge ke fund yang lebih tinggi Sales Chargenya. Contohnya, switch dari Eastspring Dana Ilham (Sales Charge 5.26%) ke PMB Shariah Aggresive (Sales Charge 6%). Switching fee yang dikenakan adalah 0.74% SAHAJA.Ia jauh menjimatkan berbanding anda buat cara biasa. Anda akan dikenakan Sales Charge 5.26% ketika melabur Eastspring Dana Ilham dengan agen Eastspring. Apabila anda ingin melabur dalam fund baru contohnya PMB Shariah Aggresive, anda akan menjual unit di Eastspring dahulu, dapatkan cash dan melabur kembali melalui agen PMB. Anda akan dikenakan charge 6%.Total, anda sudah dikenakan 11.26% (5.26% dan 6%) daripada pelaburan/switching untuk kedua-dua fund ini. Namun melalui saya di Phillip Mutual, ianya PERCUMA (hampir PERCUMA).

 

Promosi Sales Charge

Dari masa ke semasa, Phillip Mutual menawarkan promosi Sales Charge yang minimal dan kompetitif. Ia secara tidak langsung mampu meningkatkan margin keuntungan pelaburan anda. Anda inginkan Promosi Sales Charge 0%?
Consolidated Statement
Pelabur Phillip Mutual akan menerima Consolidated Statement pelaburan yang dibuat. Contohnya, statement anda akan memaparkan prestasi fund-fund anda contohnya Eastspring Dana Al-Ilham, Kenanga Syariah Growth, PMB Shariah Aggresive, RHB Dana Islam semuanya dalam satu statement. anda akan nampak jelas status keseluruhan pelaburan anda.
Pada masa yang sama, anda juga akan menerima statement daripada syarikat pelaburan fund anda secara individu. Maksudnya, anda akan menerima statement pelaburan anda yang disediakan oleh Eastspring, PMB, Kenanga dan RHB secara berasingan
Online Platform
Online Platform akan memberikan anda kebebasan memantau prestasi fund anda pada setiap masa. Anda berpeluang melihat perkembangan pelaburan anda – nilai pelaburan / keuntungan semasa tanpa menunggu statement. Ianya PERCUMA.
Analysis and Market Review

Anda akan diberikan risalah analisis pasaran semasa setiap bulan supaya mengetahui perkembangan ekonomi Malaysia dan Global yang secara tidak langsung mampu membantu anda membuat keputusan pelaburan melalui Fund Review. Analisis ini diketuai oleh Chief Strategies Officer, Mr Phua Lee Kerk. Ia mengandungi maklumat terperinci keadaan pasaran semasa, dana dan portfolio yang disyorkan, carta prestasi dana dan banyak lagi.
Berikut adalah contoh risalah Phillip Funds Focus dan Phillip Allocator untuk bulan Februari 2017. Click pada foto di bawah untuk download.

Leave a Reply