POST-MORTEM (Bedah Siasat) Tiada Laporan Post Mortem Tak Boleh Claim?

(Artikel ini adalah perkongsian kisah benar dari salah seorang wakil Takaful Ikhlas)

Alhamdulillah sepanjang 10 tahun menjadi wakil Takaful Ikhlas, pertama kali saya uruskan claim kematian client saya yang mati mengejut. Kes ni berlaku 2-3 tahun yang lepas.

Anak muda masa tu berumur 23 tahun (maaf kalau silap saya dh lupa) datang ke pejabat saya untuk bertanya pasal takaful dan bersetuju mencarum dgn Takaful Ikhlas. Saya amat terkejut anak muda dah ada kesedaran pasal takaful.

Selang lebih kurang 3 tahun mencarum, client ni meninggal dunia disebabkan oleh sihir. Saya mendapat berita agak lewat dan masa tu ejen saya Duta Takaful ada bersama saya.  Kitaorang bergegas ke kubur untuk memberi penghormatan terakhir.

Selepas urusan saya berjumpa dengan waris arwah, saya minta segala dokumen simati. Waris arwah tanya boleh ke claim sebab kita takde buat post mortem, terus kebumi je. Saya cakap boleh je… Takaful Ikhlas tak perlukan laporan post mortem. Diorang terkejut. Betul ke????

Saya senyum dan uruskan claim kematian arwah. Alhamdulillah claim berjaya dikreditkan ke dalam akaun waris sebulan selepas itu.

Saya cuma nak bagitahu sistem takaful ikhlas adalah sistem yang islamik. Syarikat akan sedaya upaya memudahkan urusan client. Lepas ni kalau ada orang bertanya pasal post mortem ni cakap Takaful Ikhlas tak perlu laporan post morterm.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *