Kadar Simpanan Asas KWSP Disemak Semula

Pada 26 September yang lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa jumlah bagi simpanan asas akan dinaikkan daripada RM196,800 kepada RM228,000 berkuat kuasa 1 Januari 2017. Jumlah ini akan ditetapkan sebagai sasaran minimum pencarum apabila mereka mencapai umur 55 tahun. Simpanan asas tersebut merujuk kepada jumlah yang dianggap mencukupi bagi keperluan asas persaraan ahli selama 20 tahun dari usia 55 hingga 75 selaras dengan jangka hayat rakyat purata Malaysia. Kali terakhir simpanan asas ini diubah adalah pada 2014 Berikutan ini, pencarum kini dikehendaki mempunyai simpanan yang lebih tinggi dalam akaun KWSP mereka untuk layak untuk menyertai Skim Pelaburan Ahli […]

Read more