Bagi klien-klien yang mempunyai sijil takaful dengan Takaful Ikhlas, anda juga boleh mendaftar akaun online untuk menyemak butir-butir sijil anda. Sila daftar menggunakan nombor telefon yang anda guna semasa memohon sijil.
Akses Takaful Ikhlas Online di sini
Untuk pendaftaran kali pertama, hubungi customer service Takaful Ikhlas di 03-2723 9696 untuk mendapatkan PIN dan pilih First Time Login.



Selesai proses daftar, anda boleh login dan butiran sijil anda akan dipaparkan. Tekan pada nombor sijil untuk melihat butir terperinci.

Akses pada online portal ini memudahkan pemilik sijil/polisi untuk menyemak perkara berikut:
- Butir-butir berkaitan manfaat sijil dan rider yang diambil
- Butir-butir dana bagi polisi investment-link
- Maklumat penerima hibah
- Maklumat agent
- Rekod dan status pembayaran
- Maklumat pengeluaran dana
- Penyata cukai