Takaful (kafala – kata asal dalam bahasa arab) bererti menjaga dan menjamin keperluan seseorang. Konsep ini berdasarkan perpaduan, tanggungjawab bersama dan persaudaraan di kalangan ahli. Sekumpulan individu saling menjamin ahli di dalam kumpulan dari kerugian atau kerosakan menimpa salah seorang ahli mereka.

Secara umumnya, takaful adalah proses sekumpulan individu menyumbang secara tetap ke dalam sesuatu dana, dan sekiranya terdapat ahli yang ditimpa musibah akan dibantu dari sumber dana tersebut. Konsep asas takaful adalah tolong-menolong, di mana sumbangan ahli yang digunakan untuk membantu ahli lain yang ditimpa musibah dikira sebagai sedekah.

Konsep asas takaful adalah tolong-menolong, di mana sumbangan ahli yang digunakan untuk membantu ahli lain yang ditimpa musibah dikira sebagai sedekah.

Terdapat beberapa perbezaan antara takaful dengan insurans konvensional. Antara perbezaan yang nyata ialah takaful adalah bebas dari sumber gharar, maisir dan riba. Baca tentang takaful selanjutnya di bahagian Categories “Takaful”.