Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya. Nama saya ialah Siti Nadjwa Binti Mohamad Shukri. Saya berasal dari Pulau Pinang. Anak sulung daripada 5 adik beradik. Saya menerima pendidikan awal di Pusat Pendidikan Al-Islah sehingga darjah enam kemudian ke SMKA Nibong Tebal dan SMK Agama Kedah (Mergong) sehingga tingkatan lima. Kemudian saya meneruskan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang IT di Multimedia University Cyberjaya sehingga tahun 2007.

Setelah itu, saya memulakan karier di bidang IT dan sempat menimba pengalaman di beberapa syarikat multinasional. Langkah saya di bidang kewangan bermula apabila syarikat yang saya bekerja memindahkan operasi ke negara lain dan kesemua 300 orang staff diberhentikan. Di saat itu saya terfikir bahawa tidak semua plan kita akan menjadi seperti mana yang dirancang. Terlalu banyak perkara yang berada di luar kawalan kita. Apatah lagi setelah beberapa tahun berkerjaya kita telah membuat komitmen dan sebagainya.

Pada ketika itu saya cuma memikirkan alangkah bagusnya jika ada satu income lain yang mampu menjadi backup jika berlaku perkara yang tidak diingini. Saya bermula dengan menyertai CWA sebagai perunding unit trust dan PRS seterusnya AIA Public Takaful sebagai perunding takaful. Setelah beberapa ketika dalam industri ini, saya mula memikirkan visi yang lebih jauh. Di waktu ini ia bukan lagi tentang income semata-mata tetapi lebih kepada social responsibility untuk mendidik masyarakat tentang kewangan. Alhamdulillah, kemampuan untuk membantu masyarakat sekeliling adalah kepuasan yang tidak dirasakan berbanding kerja makan gaji dahulu.

Khidmat perundingan yang saya tawarkan:

  1. Pelaburan unit trust melalui tunai dan KWSP/EPF
  2. Private Retirement Scheme (PRS)
  3. Takaful
  4. Hibah
  5. Standalone Medical Card
  6. Perancangan Wasiat
  7. Pengurusan Harta Pusaka

Saya merupakan perunding sah yang mewakili Takaful Ikhlas Berhad, AXA Affin Insurance Berhad, Phillip Mutual Berhad dan MyPusaka.

Saya berbesar hati untuk berkongsi dengan anda semua segala ilmu dan pengalaman yang telah saya perolehi. Saya berharap perkongsian ini dapat memberi manfaat dan menjadi saham di akhirat kelak. Saya boleh dihubungi melalui contact form di atas atau 010-960 0094.