Selalu dah saya jumpa orang nak banding-banding Takaful ni.
Biasalah, nak ambil bukan untuk setahun dua betul tak? Mesti sampai selama yang boleh.
Oleh itu, saya nak kongsikan tips-tips membandingkan Takaful.
Saya sebut tips-tips, tapi sebenarnya ada 2 je. (untuk sementara ini,ada lagi nanti aku tambah)
1. Sumbangan Paling RENDAH, untuk Perlindungan Paling TINGGI.
Maksudnya, kalau nak banding-banding, bandinglah pada kadar sumbangan yang sama. Yang mana boleh bagi pampasan paling tinggi, itulah yang tuan-tuan pilih.
Tapi jangan membuta tuli. Soal habis-habisan.
Jika yang dilindungi itu Critical Illness, adakah ia cover peringkat akhir sahaja atau semua peringkat?
Kena ingat, kalau semua peringkat, maka layaklah pampasan yang anda terima menjadi kurang berbanding Critical Ilness peringkat akhir sahaja.
Kenapa?
Kerana pihak Takaful kena menanggung risiko yang lebih besar disebabkan lebih banyak penyakit yang anda akan dilindungi.
.
2. Bayar sumbangan dahulu sebelum banding.
Sebelum anda nak banding-banding, jika anda sudah jumpa mana-mana ejen Takaful, bayar sahaja dulu.
Jangan risau. Mengikut klausa dalam Bank Negara Malaysia, anda layak mendapat balik 100% sumbangan selagi mana anda masih lagi dalam tempoh 15 hari tempoh bertenang.
Tempoh bertenang tu apa?
15 hari selepas anda mendapat sijil Takaful ialah tempoh bertenang. Tempoh ini adalah bagi membolehkan pihak peserta Takaful untuk menimbang tara sama ada pelan yang dikemukakan sesuai dengan keperluan anda atau tidak.
So, anda ada total 30 hari untuk membuat perbandingan dengan mana-mana syarikat Takaful dalam keadaan anda dilindungi! Untung tak????
Kenapa 30 hari?
Selalunya, 15 hari adalah untuk polisi melalui proses ‘underwriting’ (mempersiapkan polisi) manakala lagi 15 hari adalah tempoh bertenang.